DAP Dan Harapan Akan Rampas Lebih Banyak Kerusi parlimen Dari Tangan BN

February 5, 2018 by Caspian

Category: editor

Pilihan Raya Umum ke 14 akan berlangsung tidak lama lagi. Di saat ini, kesemua parti politik sedang sibuk merangka persiapan masing-masing samada mahu merampas atau mempertahankan kerusi yang telah mereka menangi.

Melihat kepada keadaan semasa hari ini, DAP dan Pakatan Harapan nampaknya semakin yakin untuk menghadapi detik getir ini. Di khabarkan, DAP akan merampas lebih banyak kerusi Parlimen dari tangan BN dan akan membawa lebih kegemilangan buat Pakatan Harapan kali ini.

Antara kerusi yang disasarkan oleh DAP dan Pakatan Harapan untuk diambil alih adalah Cameron Highlands, Langkawi, Temerloh dan beberapa kerusi lagi yang secara tradisinya dimenangi oleh BN. Keyakinan ini dizahirkan setelah melihat kegagalan BN dalam meberikan khidmat terbaik buat rakyat.

Ada diantaranya langsung tidak pernah membuat sebarang kerja dan ada diantaranya mengambil mudah cabaran DAP dan Pakatan Harapan. Justeru, menurut pemerhati politik, DAP dilihat berpeluang cerah merampas kerusi-kerusi Parlimen seperti di Bentong dan Cameron Highlands dari tangan BN.

Strategi dan rangka kerja telah diatur untuk membolehkan impian DAP dan Pakatan Harapan ini menjadi kenyataan. Hanya masa sahaja menentukan samada pendapat pemerhati politik setempat ini mampu direalisasikan ataupun tidak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1276082Total visitors:
  • Skip to toolbar