PPBM Mungkin Bertanding Atas Tiket PKR

February 5, 2018 by Suara Kebenaran

Category: editor

Masalah yang dihadapi PPBM dengan Pendaftar Pertubuhan sekarang ini, mungkin menyaksikan parti it bertanding atas tiket PKR dalam PRU14 yang akan datang.

Ini berdasarkan pertemuan pimpinan PPBM dengan RoS tengahari tadi dimana kedua-dua pihak gagal mencapai kata sepakat berhubung mesyuarat agung tahunan parti itu yang diadakan bulan lepas tapi tidak mengikut perlembagaan sendiri.

RoS dikatakan bertegas untuk tidak mengiktiraf mesyuarat itu kerana tidak selari dengan perlembagaan PPBM yang memerlukan mesyuarat cawangan dan bahagian diadakan terlebih dahulu sebelum mengadakan mesyuarat tahunan.

Tanpa pengiktirafan tersebut, PPBM boleh dibatalkan pendaftarannya.

Jika ini benar berlaku (PPBM bertanding atas tiket PKR), ia akan mencatat sejarah kerana PKR ironinya adalah parti yang ditubuhkan untuk mendesak perletakan jawatan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri dulu dengan menjalankan pergerakan reformasi.

Sekarang, Tun pula mungkin bertanding atas tiket PKR!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1276082Total visitors:
  • Skip to toolbar