DAP Mahu Najib Jelaskan, Masuk Makam Nabi Atau Tidak?

February 6, 2018 by Suara Kebenaran

Category: editor

Dakwaan seorang Imam bahawa Najib menipu bila mendakwa masuk ke makam Nabi semasa melawat Mekah bulan lepas sehingga viral di media sosial semalam, adalah satu dakwaan yang serius dan memerlukan penjelasan Najib dengan segera.

Ini penting kerana cerita Najib masuk ke makam Nabi ini telah dijadikan modal politik oleh penyokongnya yang mendakwa itu bermaksud Najib adalah seorang manusia terpilih.  Tun Mahathir yang berkuasa selama 22 tahun itupun tidak mendapat peluang sedemikian.  Tun hanya dapat masuk ke dalam Kaabah sahaja, masuk makam Nabi tak pernah.

Najib turut mendapat keistimewaan masuk ke dalam Kaabah selepas itu dan dari sudut itu, dia sekarang setaraf dengan Tun Mahathir.

Justeru, parti DAP mahu Najib menjelaskan dengan segera tuduhan tersebut atau mengambil tindakan undang-undang ke atas Imam yang membuat rakaman video menuduhnya menipu.

Sebagai parti berbilang kaum, DAP meihat kepentingan isu ini perlu diselesaikan segera kerana ia melibatkan soal imej dan kewarakan seorang Perdana Menteri.  Rakyat tidak boleh ditipu kerana menyangka pemimpin mereka mendapat keistimewaan luar biasa yang hanya segelintir orang saja di dunia yang dapat menikmatinya.  Tidak keterlaluan kalau dikatakan ini adalah isu negara.

Jika tidak masuk – mengaku, jika betul masuk – saman Imam tersebut dengan segera, DAP mendesak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1276082Total visitors:
  • Skip to toolbar