Siti Kasim Calon Favorite DAP Dalam PRU14

February 7, 2018 by Suara Kebenaran

Category: editor

DAP tidak terjejas dengan pertelagahan berhubung soal pembahagian kerusi Harapan yang berlaku di beberapa negeri setakat ini.  Semua pertelagahan yang berlaku hanya melibatkan PPBM, Amanah dan PKR sahaja kerana melibatkan kerusi majoriti Melayu.

Sedangkan DAP hanya mengkhusus kepada kerusi majoriti orang cina.

Pun begitu, calon bukan cina juga turut mendapat tempat dalam DAP – sesuai dengan konsep parti pelbagai kaum yang diamalkan oleh DAP. Antara yang paling hangat diperkatakan sekarang ini atau lebih mudah disebut calon favorite ialah peguam Siti Kasim.

Siti Kasim seperti yang kita semua tahu aktif dalam menentang jabatan agama seperti Jakim.  Siti Kasim juga seringkali terlibat dalam pertikaian ajaran Islam yang bercanggah dengan hak asasi manusia, seperti pemakaian tudung.  Malah Siti Kasim adalah satu-satunya tokoh yang berani mempersoalkan Mufti secara terbuka dalam hal berkaitan ajaran Islam sekalipun tidak terdidik dalam bidang tersebut.

Hujah Siti yang ringkas dan masuk akal, berjaya “menundukkan” para mufti ini dalam beberapa pertembungan yang berlaku.

Ini semua menarik minat rakyat untuk meletakkan Siti Kasim di Parlimen supaya beliau boleh memainkan peranan yang lebih penting di sana.  Jika Pakatan menang dan dapat membentuk kerajaan, peranan yang boleh dimainkan Siti Kasim, adalah lebih besar lagi.

Tidak mustahil Siti Kasim akan dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Parlimen untuk mengkaji kewujudan JAKIM, ini kemungkinan yang tidak boleh ditolak.  Yang penting, kena pastikan Harapan dan Siti Kasim menang dululah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1276082Total visitors:
  • Skip to toolbar