Siti Kasim Srikandi Wajah Baru Melayu

February 7, 2018 by Suara Kebenaran

Category: editor

 

Wanita yang memainkan peranan sebagai tokoh pembaharuan di Malaysia, bukan perkara baru di Malaysia.  Tun Dr. Siti Hasmah, Datuk Seri Wan Azizah Ismail, YB Zuraidah Kamarudin dan beberapa yang lain lagi, adalah bukti kepada kenyataan tersebut.

Tapi mereka ini sudah lama atau sudah tua.  Sampai masa generasi baru “wanita besi” ini mengambil alih.

Antara tokoh yang layak untuk menggantikan semua tokoh-tokoh lama ini ialah peguam Siti Kasim dari parti DAP.  Beliau dilihat sebagai wanita generasi baru yang mampu membimbing kaum wanita di negara ini ke arah pembaharuan yang bakal diperkenalkan Harapan sekiranya berjaya merampas Putrajaya dalam PRU14 yang akan datang.

Memang setakat ini, peranan Siti Kasim hanya boleh dilihat dalam soal yang membabitkan hak wanita dalam agama sahaja tapi baka beliau adalah lebih besar daripada itu sebenarnya.  Cuma keadaan sekarang ini tidak memungkinkan Siti Kasim menyerlahkan kebolehannya yang terpendam selama ini.

Harapan percaya, Siti Kasim mampu membawa perubahan dalam masyarakat Melayu Islam terutama dalam soal bagaimana mereka melayan kaum wanita mereka.  Wanita tidak lagi menjadi “hamba” lelaki (seperti ditafsirkan beberapa NGO Wanita seperti SIS) semata-mata seperti sekarang ini tapi akan memainkan peranan yang lebih besar lagi melalui bimbingan dan perubahan yang dibawa Siti Kasim.

(sumber gambar: Internet)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1276082Total visitors:
  • Skip to toolbar