Apalah Sangat Pingat Istana Buat Tun M

February 9, 2018 by Caspian

Category: editor

Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba Istana Negeri Kelantan baru-baru ini menitahkan menarik baik pingat Darjah Mahkota dari tangan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menariknya, tiada sebarang alasan dikemukakan tentang penarikan balik pingat berkenaan.

Menurut sumber yang rapat dengan Tun Dr Mahathir, dia memberitahu, Tun Dr Mahathir langsung tidak berasa terkilan memulangkan semula pingat berkenaan.

Ianya seperti mana beliau memulangkan pingat kebesaran kerajaan negeri Selangor yang dipegangnya awal bulan lalu.

tegas sumber ini, Tun Dr Mahathir langsung tidak kisah sekiranya ada lagi pihak istana yang mahu beliau memulangkan pingat berkenaan sehingga tiada satu pun pingat dari istana berada di tangan beliau.

Menurut sumber ini lagi, Tun Dr Mahathir cukup kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh Penasihat Agung DAP, Lim Kit Siang yang tidak pernah menerima apa-apa pingat dari istana namun terus berjuang.

Katanya, apa yang penting bagi Tun Dr Mahathir adalah, berjuang untuk rakyat walaupun dia terpaksa menggadaikan kesemua harta miliknya dan anak-anaknya.

Justeru, tidak ada apa yang perlu disesalkan oleh Tun Dr Mahathir seperti mana yang berlaku terhadap Pengerusi Amanah Kelantan, Husam Musa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1276082Total visitors:
  • Skip to toolbar