Kenapa Muhyiddin Tak Selamatkan Rafizi?

February 9, 2018 by Suara Kebenaran

Category: editor

Skandal NFC ini – jika semua masih ingat, adalah bermula dengan kelulusan pinjaman berjumlah RM 250 juta pada tahun 2006 yang diberikan Menteri Pertanian pada ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada syarikat keluarga Shahrizat yang juga Ketua Wanita UMNO.

Ketika YB Rafizi Ramli mula mendedahkan kegagalan syarikat tersebut kepada umum pun, banyak desakan agar Muhyiddin tampil memberikan penjelasan.  Antara yang paling kuat mendesak ketika itu ialah Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamarudin.

Menariknya, apabila Rafizi dijatuhkan hukuman penjara selama 30 tahun kerana kesalahan mendedahkan penyata kewangan NFC, Muhyiddin tidak langsung berkata apa.  Ini tidak patut kerana selaku Menteri yang meluluskan pinjaman tersebut, Muhyiddin tentu ada sesuatu yang nak dikatakan bagi menunjukkan sokongannya terhadap Rafizi, tapi kenapa diam?

Apabila Muhyiddin dikeluarkan dari UMNO, menubuhkan PPBM yang kemudiannya bergabung dengan Pakatan Harapan, ia bukan sahaja bermaksud semua dosa silamnya semasa dalam UMNO, kini dimaafkan, tapi turut membawa makna semua kesalahan pimpinan Pakatan Harapan sebelum ini, perlu dipertahankan oleh Muhyiddin.

Muhyiddin perlu melakukan kerjanya dengan mengeluarkan fakta-fakta mengenai perjanjian tersebut yang tidak diketahui oleh rakyat.  Berdiam diri sahaja tidak akan membantu Pakatan Harapan dan Muhyiddin sendiri.

One response to “Kenapa Muhyiddin Tak Selamatkan Rafizi?”

  1. animous says:

    30 tahun penjara…..??????

    mereput la si sotong tu dlm jail…
    wakakakakakaak…….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1276082Total visitors:
  • Skip to toolbar