Bersatu Disifatkan ‘Parti Koboi’

February 12, 2018 by Caspian

Category: politik

Arjuna Putra Ali

Tindakan pucuk kepimpinan Parti Bersatu yang melanggar perlembagaan sehingga menimbulkan pelbagai masalah dalaman menjadikan parti itu disifatkan sebagai sebuah ‘parti koboi’.

Bekas Penyelaras Bersatu Kluang, Arjuna Putra Ali berkata, pelbagai masalah dalaman berkaitan perlembagaan disuarakan oleh ahli-ahli akar umbi yang merangkumi isu perlaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM), yuran keahlian, ketiadaan penyata kewangan, pendaftaran ahli di luar pengetahuan dan perlantikan ketua bahagian dalam kalangan kroni.

Katanya, kegagalan tersebut membuatkan parti Bersatu dilihat sebagai ‘parti koboi’ dan beliau juga mendesak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) mengambil tindakan konkrit dan segera terhadap lebih 400 petisyen aduan dihantar ahli parti sejak Oktober tahun lalu.

“Ada kemungkinan besar yang ‘makan dedak’ dan wujud tali barut Tun Mahathir Mohamad (Pengerusi Bersatu) dalam ROS dan jika ada, siasat segera individu ini.

“Saya mewakili 398 pengadu terdiri dari akar umbi Bersatu mendesak ROS mengambil tindakan tanpa prejudis terhadap lebih 400 petisyen aduan yang dihantar dalam tempoh 10 hari bermula hari ini.

“Jika tiada penyelesaian, saya bersama semua pengadu akan mengadakan demonstrasi aman di hadapan ibu pejabat ROS,” katanya pada sidang media di Villa Casa Bianca, di sini, hari ini.

Arjuna Putra berkata, petisyen aduan yang dihantar kepada ROS membabitkan lima perkara iaitu pelaksanaan AGM, yuran keahlian, pendaftaran keahlian tanpa pengetahuan penama, pelantikan kroni Ketua Bahagian dan kegagalan mengemukakan penyata kewangan.

“Seolah-olah ada keistimewaan pada Tun Mahathir. Kenapa sehingga kini tiada tindakan sedangkan banyak aduan rasmi sudah dihantar.

“Saya juga ada menyimpan bukti percakapan di dalam cakera keras (hard disk) selain maklumat peribadi pengadu, namun ia akan terus kami simpan bagi mengelak ia ‘hilang’ (dalam simpanan ROS) sebelum dihantar kepada ROS dalam tempoh 10 hari lagi,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1276082Total visitors:
  • Skip to toolbar