Kenaikan Cukai Perlu Setaraf Status Negeri Termaju Di Malaysia

February 12, 2018 by Caspian

Category: editor

Semua pihak di Malaysia ini memperaakaui bahawa negeri Selangor merupakan sebuah negeri paling maju di Malaysia dengan pendapatan yang paling tinggi berbanding negeri-negeri lain.

Nikmat kemajuan yang dijana oleh Datuk Seri Azmin Ali selaku Menteri Besar ini telah berjaya menarik begitu ramai anak muda dari luar Selangor untuk berhijrah dan mendiami negeri yang cukup makmur ini.

Justeru, melihat akan kemajuan yangt elah dikecapi ini, rasanya tidak ada salah buat kerajaan negeri Selangor menaikkan kadar cukai sehingga 400 peratus.

Ini kerana, dengan pendapatan yang dikategorikan sebagai tertinggi apalah sangat dengan kenaikan cukai seperti ini buat mereka yang mendiami negeri ini.

Kata-kata yang begitu lantang mengkritik kenaikan ini sepatutnya ditujukan kepada kerajaan pusat kerana kerajaan pusatlah yang menyebabkan kos sara hidup di Selangor menjadi tinggi.

Dikenakan cukai GST yang membebankan, adalah tidak adil buat kerajaan negeri menerima kritikan sehebat ini kerana rakyat negeri Selangor mampu sahaja membayar cukai lebih tinggi jika tidak dikenakan GST.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1276082Total visitors:
  • Skip to toolbar