Jentera JR Arau Siap Siaga Hadapi Pilihan Raya

February 13, 2018 by Caspian

Category: politik

Jentera JR Arau siap siaga hadapai pilihan raya

Tahap siap siaga jentera Jalinan Rakyat (JR) Pergerakan Wanita Umno Arau kini berada pada tahap optimum dan bersedia menghadapi pilihan raya umum pada bila-bila masa.

Anggota Majlis Tertinggi Umno merangkap Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata setakat ini pihaknya berpuas hati dengan prestasi dan gerak kerja JR yang menjurus kepada aspek kebajikan, kesihatan dan pendidikan.

“JR Arau sudah menemui 90 peratus pengundi di bahagian ini dan 1,300 JR kita sudah bersiap siaga untuk Parlimen dibubarkan pada bila-bila masa,” katanya kepada pemberita selepas Program Bersama JR Arau di sini, hari ini.

Shahidan yang juga pengerusi badan Perhubungan Umno Perlis mengingatkan agar semua jentera parti bekerja dengan ikhlas dan mengutamakan semangat berpasukan bagi menjamin kemenangan sepenuhnya bagi semua kerusi dalam Parlimen Arau.

“Sesiapa (calon) yang tidak tersenarai pun buatlah kerja… Kita sudah lama bekerja dan kita berhak menang.

“Berjuanglah dengan gagah berani tanpa tolak ansur dan bila sudah menang, jalankan amanah sebagai pemimpin,” kata beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1299371Total visitors:
  • Skip to toolbar