Jika Menang, Pejabat PM Akan Dibina Sebelah IJN – PPBM

February 13, 2018 by Suara Kebenaran

Category: editor

Kesihatan calon Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad adalah menjadi keutamaan Pakatan Harapan dan PPBM setelah memenangi PRU14 nanti.  Jasa beliau memimpin Pakatan Harapan menang dan menumbangkan BN buat pertama kalinya, memang tidak terbalas dan perlu dihargai.

Oleh yang demikian, memetik sumber dalaman PPBM, telah diputuskan bahawa bagi memudahkan pemantauan kesihatan Tun dilakukan oleh pakar-pakar jantung yang bertauliah tanpa perlu berulang-alik ke pejabat di Putrajaya, dalam masa yang sama memastikan urusan negara tidak terjejas jika Tun tak sihat,  sebuah Pejabat Perdana Menteri sementara akan dibina bersebelahan dengan bangunan IJN sekarang.

Pembinaan pejabat Perdana Menteri sementara ini tidak dilihat sebagai pembaziran wang rakyat kerana Tun sudah mengumumkan akan memegang jawatan itu sekurang-kurangnya 2 tahun dan pejabat itu pun tidaklah sebesar yang di Putrajaya, sekadar cukup untuk Tun bertugas dengan selesa semasa sedang menerima rawatan sahaja.

Sakit atau tidak sakit, Tun memang perlu menerima pemeriksaan kesihatan kerana faktor umur beliau yang kini mencecah 93 tahun.  Sebab itu penting pejabat Perdana Menteri sementara dibuat sebelah IJN.

Ini adalah bukti komitmen Tun dalam usaha untuk menyelamatkan negara ini dari kehancuran yang disebabkan oleh Najib.  Apalah sangat nilainya berbanding dengan kerajaan mengeluarkan sedikit belanja untuk membina pejabat sementara Tun di sebelah IJN?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1276082Total visitors:
  • Skip to toolbar