Lembaga Disiplin BERSATU Mula Perhati Ahli

February 13, 2018 by Caspian

Category: politik

Lembaga disiplin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) kini sedang memerhati anggotanya yang bermasalah.

Ini susulan pelbagai kenyataan dan sidang media dibuat untuk menghentam kepimpinan serta laporan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Ini termasuk rasa ketidakpuasan hati yang diluahkan di media sosial.

“Lembaga disiplin parti kini sedang tangani hal berkaitan penyalahgunaan anggota parti seperti dalam isu bantahan atau kegiatan mensabotaj parti.

“Mana-mana anggota yang melakukan tindakan yang menjejaskan kepentingan parti akan diambil tindakan terhadap mereka oleh lembaga disiplin ini,” kata Ketua Penerangan BERSATU Datuk Kamaruddin Mohd Noor.

Kamaruddin memberi arahan mana-mana anggota yang dilihat melanggar peraturan parti berdepan dengan hukuman atau akan dipecat.

Turut hadir pada sidang media berkenaan ialah naib presiden yang juga ketua BERSATU bahagian Kota Bharu, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

Sementara itu, Kamaruddin yang juga pengerusi BERSATU Kelantan memberitahu, lembaga disiplin telah memecat tiga anggota parti atas pelbagai kesalahan, antaranya mencela dan menyelar pimpinan.

“Saya nak ingatkan kepada anggota, ikut saluran yang betul untuk sampaikan bantahan atau rasa tidak puas hati kepada pucuk pimpinan parti.

“Ikut saluran parti yang sedia ada. Kalau tidak, kita tak ada pilihan melainkan mengambil tindakan disiplin yang akan dikenakan terhadap mereka,” katanya lagi.

Pihaknya kini juga sedang menyiasat beberapa lagi anggota parti dan terbaru, mereka sedang membuat siasatan terhadap anggota yang membuat sidang media di Kota Bharu.

Semalam, Malaysiakini melaporkan, beberapa anggota BERSATU Kota Bharu melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kekangan parti termasuk isu pembahagian kerusi DUN.

Menurut Abdul Rashid, selaku ketua bahagian, beliau tidak dimaklumkan tentang sidang media itu dan mendakwa ia dibuat tanpa persetujuannya.

“(Sidang media di Kota Bharu) dibuat tanpa pengetahuan dan persetujuan saya selaku ketua bahagian.

“Kalau nak beri kenyataan, sepatutnya sayalah sebab saya ketua bahagian. Maknanya, mereka ini ada agenda lain.

“Mereka tak nak keluar parti tapi (macam minta) nak dipecat,” kata Abdul Rashid.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1276082Total visitors:
  • Skip to toolbar