MCA Senarai Pendek Calon Kerusi Padang Serai

February 13, 2018 by Caspian

Category: politik

MCA senarai pendek calon kerusi Padang Serai

MCA sudah menyenarai pendek calon bagi kerusi Parlimen Padang Serai untuk PRU14.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, dua calon disenarai pendek termasuk anak tempatan, Ketua Bahagian MCA Padang Serai, Datuk Dr Chin Tung Leong dan Pengerusi MCA Kedah, Datuk Dr Leong Yong Kong.

Menurutnya, dua calon itu akan sentiasa bekerjasama untuk memastikan kerusi Parlimen di situ berjaya dirampas semua oleh MCA.

“Ya, kita sudah ada senarai pendek calon, Datuk Dr Chin dan Datuk Dr Leong Yong Kong. Mereka ini akan bekerjasama memastikan kita menang di situ.

“Apa pun kita serah kepada Perdana Menteri untuk buat keputusan, kita MCA dalaman memang sudah berbincang.

“Kita yakin dua calon ini akan bekerjasama untuk menghadapi PRU nanti,” katanya di Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Kulim, hari ini.

Beliau berkata, MCA juga akan melakukan kaji selidik mengenai calon yang disenarai pendekkan itu kepada pengundi di situ.

“Kita juga akan lakukan kaji selidik mengenai calon itu kepada pengundi di situ untuk memastikan beliau diterima ramai,” katanya.

Pada PRU 13 lalu Yong Kong bertanding di Adun Gurun dan berjaya mengalahkan calon PKR, Salma Ismail.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1276082Total visitors:
  • Skip to toolbar