‘Saya Takkan Kembali Kepada Umno’

February 13, 2018 by Caspian

Category: politik

Muhyiddin Yassin

Timbalan Presiden Pakatan Harapan (Harapan), Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan tidak akan kembali kepada Umno walau dalam apa jua keadaan kerana parti tersebut telah rosak.

Beliau yang juga Presiden Bersatu berkata, Umno ibarat besi buruk yang tidak lagi memperjuangkan nasib Melayu sebaliknya terdedah kepada perlakuan yang tidak boleh digambarkan.

“Saya bersama Umno lebih 50 tahun ada saat manis dan pahit tapi zaman (Datuk Seri) Najib adalah yang terburuk. Saya kecewa dengan Umno, dalam kepimpinan Umno telah ditutup mata dan telinga sehingga tidak tahu menilai yang betul dan tidak.

“Sudah sampai masa dan ketikanya hayat BN sampai penghujungnya dan akan berakhir pada PRU14,” katanya dalam Ceramah Perdana, Selamatkan Malaysia di Serdang Jaya, malam tadi.

Jelasnya, rakyat perlu berani membuat keputusan tegas atau dalam tempoh lima tahun lagi akan menyebabkan keadaan negara menjadi lebih buruk.

“Amaran awal telah dikeluarkan oleh BN jika mereka kalah tak akan ada parti yang akan menang. Adakah ini amaran bahawa mereka akan buat sesuatu untuk pastikan Harapan tak akan menang?

“Pilihan raya matang akan bawa perubahan baru iaitu bila dah tak amanah, rakyat menderita maka perlu berani ambil buat keputusan tegas,” katanya.

Katanya, Harapan akan mengemukakan draf 100 hari pertama pentadbiran dalam masa terdekat.

“Harapan tawar masa depan lebih baik dengan meletakkan hak rakyat di tempat yang sebenar dan kedaulatan negara tidak dikompromi.

“Kita bukan mahu bentuk kerajaan saja tapi meletakkan yang benar layak tadbir negara dan meletak kedudukan negara ke landasan semula.

“Negara mengamalkan demokrasi berparlimen tetapi kini lebih dikenali sebagai negara kleptokrasi disebabkan pemimpin kerajaan yang telah merompak dan merampas hak rakyat,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1276082Total visitors:
  • Skip to toolbar