Stadium Di Iraq: MB Bukan Bodoh, Hanya Wartawan Yg Tersilap – Setpol

February 13, 2018 by Suara Kebenaran

Category: editor

Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor mengesahkan bahawa Datuk Seri Azmin Ali bukan bodoh apabila mengatakan tiada stadium bolasepak di Iraq ketika mengulas larangan kerajaan negeri ke atas pasukan Liga Malaysia Selangor dari menggunakan stadium Shah Alam semalam – walaupun hakikatnya Iraq mempunyai banyak stadium bolasepak.

Apa yang berlaku sebenarnya ialah, wartawan yang melaporkan berita itu tersilap memahami kenyataan MB Azmin.

Yang dimaksudkan oleh Menteri Besar sebenarnya ialah, tiada stadium di Syria.  Sememangnya kalau Syria mempunyai stadium sekalipun, ia telah musnah akibat perang saudara yang melanda negara itu.  Itu maksud sebenar Menteri Besar, bukan Iraq.  Menteri Besar bukan bodoh tidak tahu Iraq ada banyak stadium, terutama di Basra dan Baghdad.

Sebagai seorang yang berkelulusan dari Universiti terkemuka di USA, Azmin tahu apa yang benar dan apa yang tidak.  Mustahil orang sebijak beliau tidak tahu Iraq ada banyak stadium, pakai otaklah sikit wartawan pun.

Yang penting untuk semua orang tahu ialah, keputusan Menteri Besar tidak membenarkan stadium Shah Alam dari digunakan pasukan Selangor ini adalah muktamad.  Pasukan lain seperti Felcra, boleh menggunakan Stadium Shah Alam, hanya pasukan Selangor sahaja yang tidak boleh kerana semua orang tahu FAS sekarang dipimpin oleh bekas wakil rakyat UMNO.

Tapi apa pun yang penting ialah, larangan menggunakan stadium Shah Alam ini adalah soal perniagaan, bukan peribadi.  Kalau FAS boleh membayar lebih tinggi dari pasukan lain yang sekarang menggunakan stadium itu, mungkin kerajaan negeri akan mempertimbangkan permohonan tersebut.  Jangan cuba alihkan perhatian dari soal pokok tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1299369Total visitors:
  • Skip to toolbar