Bantah Persempadanan Semula

February 14, 2018 by Caspian

Category: politik

Bantah persempadanan semula

Jawatankuasa Pilihan Raya Pakatan Harapan (Harapan) Selangor diketuai Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyerahkan 200 bantahan Syor Kedua Kajian Persempadanan Semula di Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya Selangor (SPR) di Kompleks PKNS di sini semalam.

Wan Azizah berkata, bantahan tersebut mewakili 30,000 tandatangan yang dikumpulkan parti komponen Harapan dan NGO Bersih.

Menurutnya, beliau berharap SPR meneliti bantahan dan bertindak profesional serta adil tanpa memihak mana-mana parti.

“Berdasarkan jumlah bantahan yang tinggi, jelas rakyat Selangor lebih peka dan sedar akan hak demokrasi dan kaedah perjalanan pilihan raya di Malaysia.

“Bantahan dibuat bagi menjamin hak pengundi di Selangor dan SPR perlu mengatasi ketidaksamarataan jumlah pengundi yang ketara seperti Sabak melibatkan pengundi 15,033, sedangkan Seri Serdang mencecah 74,563 orang,” katanya.

Hadir sama Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah, Presiden Amanah, Mohamad Sabu, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh.

Sementara itu, Maria Chin berkata, bantahan dibuat kerana wujudnya pelanggaran prinsip yang termaktub dalam perlembagaan iaitu bilangan pengundi di setiap kawasan pilihan raya tidak sekata.

“Ini bukan hanya tentang persempadanan tetapi melindungi perlembagaan dan mempertahankan pilihan raya bersih dan adil.

“Pada 14 Februari adalah hari terakhir mengemukakan bantahan dan sesiapa yang mahu melindungi demokrasi perlu berbuat demikian. Kami masih harap ada perubahan pada laporan akhir persempadanan semula yang akan dihantar kepada perdana menteri,” katanya.

Dalam pada itu, Hannah memaklumkan, Subang Jaya menghantar 14 set bantahan mewakili 2,000 tandatangan yang dikumpulkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1276081Total visitors:
  • Skip to toolbar