Jumlah Kehadiran Bukan Ukuran

February 14, 2018 by Caspian

Category: politik

Jumlah kehadiran bukan ukuran

Kehadiran penyokong Pas sempena Majlis Pelancaran Markaz Besar Dun Bukit Payong malam tadi dilihat kurang sambutan berbanding majlis sama diadakan di Dun Pengkalan Berangan 3 Januari lalu.

Dua majlis pelancaran itu disempurnakan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan turut dihadiri pemimpin Pas Terengganu termasuk ‘bakal calon’ dan penyandang kerusi di dua Dun berkenaan.

Bagaimanapun, Adun Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah menegaskan, jumlah kehadiran itu tidak boleh dijadikan ukuran untuk mengatakan majlis pelancaran markaz utama bagi Dun Bukit Payong kurang sambutan.

“Sebenarnya pengundi Dun Pengkalan Berangan lebih ramai dan penduduknya lebih ramai daripada (Dun) Bukit Payong. Dun Bukit Payong pengundinya lebih kurang 20 ribu sahaja.

“Hendak banding Dun Pengkalan Berangan, pengundi dia 29,000 sehingga 30 ribu lebih sekarang, mungkin. Jadi, bagi saya inilah perkembangan semenjak dahulu lagi, inilah yang ada.

“Dan inilah yang kita lihat bahawa.. sebenarnya rakyat rakyat kita di Bukit Payong sudah biasa dengan keadaan yang ada ini,” katanya ketika ditemui selepas berakhirnya ucapan perasmian presiden Pas, malam tadi.

Selain Abdul Hadi dan Mohd Nor, antara pemimpin Pas yang pada majlis berkenaan ialah, Timbalan Pesuruhjaya ll Pas Terengganu, Dr Alias Razak dan Yang Dipertua Pas Marang, Yahya Ali.

Mengulas lanjut, Mohd Nor berkata, gelombang sokongan rakyat di Dun Bukit Payong sebenarnya lebih besar kerana kehadiran bagi majlis pelancaran itu dihadkan kepada ahli jawatankuasa sahaja.

“Malam ini kita tahapkan penggilannya hanya jentera dan ahli jawatankuasa dan bukan kita umum kepada semua ahli ahli kita, tiada kerahan untuk mengempur hanya ahli jawatankuasa kita sahaja,” katanya.

Pelancaran Markaz Besar Dun Bukit Payong berlangsung di perkarangan Maahad Darul Iman di Titian Baru/Kedai Buluh itu dilihat kurang mendapat sambutan apabila kehadiran peserta dianggarkan sekitar 1000 orang.

Keadaan berbeza sempena majlis pelancaran markaz utama bagi Dun Pengkalan Berangan yang juga dirasmikan presiden Pas apabila kehadirannya jauh lebih ramai berbanding di Dun Bukit Payong.

Pada PRU13 lalu, wakil Pas, Mohd Nor Hamzah menang di Dun Bukit Payong dengan majoriti hanya 613 undi manakala wakil Umno A Latiff Awang menang di Dun Pengkalan Berangan dengan majoriti 1,848 undi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1276081Total visitors:
  • Skip to toolbar