Kerajaan Selangor Larang FAS Guna Stadium Shah Alam Disebabkan Bantahan NGO Wanita?

February 14, 2018 by Caspian

Category: editor

Masih belum reda lagi cakap-cakap yang mengkritik keputusan kerajaan Selangor dan Datuk Seri Azmin Ali selaku Menteri Besar yang melarang FAS dari menggunakan Stadium Shah Alam sebagai venue rasmi mereka.

Sehinggakan, UMNO dan BN juga nampaknya cuba memasukkan isu stadium ini dalam salah satu manifesto mereka bagi menawan negeri Selangor.

Sebenarnya, ramai yang tidak tahu bahawa kerajaan Selangor dan Datuk Seri Azmin ALi bertindak mengharamkan FAS dari menggunakan stadium berkenaan kerana bantahan NGO wanita sejak sekian lama.

Di fahamkan menurut sumber, bantahan berkenaan di buat disebabkan rasa sensitiviti kaum hawa berkenaan terhadap bentuk stadium berkenaan yang dianggap amat menyerupai kemaluan wanita.

Atas sebab inilah, Kerajaan Selangor dan Datuk Seri Azmin Ali bertindak mengharamkan FAS dari menggunakan stadium ini sehingga satu kata putus samada mahu mengubah suai bentuk stadium atau merobohkan sahaja stadium berkenaan dan digantikan dengan stadium yang lain.

Apa yang diharapkan selepas ini, selepas penerangan yang dibuat oleh sumber kerajaan negeri ini dapat menghentikan spekulasi liar berhubung larangan FAS dari menggunakan Stadium Shah Alam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1276081Total visitors:
  • Skip to toolbar