Pembangkang Pamer Sikap Ego

February 14, 2018 by Caspian

Category: politik

Hanafi Mamat

Kenyataan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mengenai penarikan balik darjah kebesaran kepada Husam Musa, Wan Rahim Wan Abdullah dan Tun Mahathir Mohamad hanya memperlihatkan sikap pembangkang yang egois.

Setiausaha Umno negeri, Senator Datuk Hanafi Mamat berkata, ia tidak lebih daripada kenyataan yang berbaur emosi, yang sepenuhnya akan mempertahankan kesilapan mereka.

“Tidak patut Mahfuz bercakap seperti itu. Egoistik. Kenyataan itu juga terselit unsur merendah martabat raja Melayu dan tidak menghormati dan menghina institusi yang terpaksi dalam perlembagaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau diminta mengulas mengenai tindakan Mahfuz dalam satu kenyataan yang mendakwa penarikan balik darjah dan bintang kebesaran ini menjadikan anugerah darjah dan bintang kebesaran sudah tidak bernilai di mata rakyat dan mendakwa pemimpin kleptokrat yang ditolak rakyat dilihat masih menyandang anugerah-anugerah dan gelaran-gelaran tersebut.

Malah bekas pemimpin Pas itu juga mendakwa, keadaan kini seolah-olah rakyat sedang melihat anugerah bintang kebesaran hanya layak diberi dan terus kekal oleh penyandangnya dari kalangan penyamun, perompak dan lanun negara.

Hanafi berkata, pihak istana mempunyai sebab dan alasan tertentu yang tidak boleh dipertikaikan mana-mana pihak dan maklum sudah mengetahui bahawa ia adalah hak mutlak raja dan keputusannya perlu diterima semua pihak.

“Tidak perlu pertikai. Di saat ini, perkara ini tidak perlu dipolemikkan sejauh ini sekali, terutamanya apabila ia dikaitkan dengan politik.

“Mahfuz tidak perlu timbulkan isu ini lagi.

“Sudah keterlaluan dan sangat biadab apabila mengatakan bintang hanya layak di anugerah kepada perompak penyamun dan lanun. ‘He is sick to the foot’,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1276081Total visitors:
  • Skip to toolbar