Guan Eng Pula Edar Gambar Isteri Suspek Dengan Pemimpin BN

March 19, 2018 by Caspian

Category: politik

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini bertindak mengedarkan gambar para pemimpin BN dengan isteri seorang usahawan yang ditahan berhubung dengan skandal terowong bawah laut.

Ini selepas terdedahnya, gambar kedua Lim bersama suspek, yang didakwa menerima RM19 juta selepas berjanji mampu menghalang siasatan SPRM berhubung terowong itu.

Pada sidang akhbar hari ini, ketua menteri mempersoalkan siapa yang membocorkan gambarnya bersama usahawan berkenaan kepada media.

Lim menyoal bagaimana gambar-gambar ini boleh bocor sedangkan hanya ahli perniagaan itu yang memilikinya yang disimpan di dalam telefon bimbitnya.

“Malah saya tidak mempunyainya.

“Usaha BN untuk melepaskan skandal BN sebagai skandal Pakatan Harapan tidak akan menjadi apabila rakyat dapat melihat kerajaan persekutuan BN adalah kleptokrasi dunia,” katanya.

Lim berkata kemungkinan terdapat lebih banyak gambar dirinya bersama ahli perniagaan itu, termasuk dengan isteri dan ahli keluarganya.

[Baca berita penuh]

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker menuntut Lim menjelaskan gambar keduanya bersama suspek yang didakwa menerima RM19 juta itu.

“Tidak sampai seminggu gambar Lim bersama Datuk Seri kembali tersebar. Jadi, apakah alasannya kali ini?

“Bukankah kemunculan gambar kedua ini jelas membuktikan bahawa Lim memang pembohong?

“Sesiapa pun mampu menilai dengan bijak bahawa tiada siapa yang mengambil gambar dengan orang yang sama secara kebetulan lebih daripada sekali kecuali orang itu adalah kawan anda.

“Sekali lagi, kami menanti penafian dan penjelasan anda untuk gambar kedua ini. Sudah tiba masanya untuk anda berhenti baling batu dan sembunyi tangan,” kata Ti dalam satu kenyataan hari ini.

Pada awal bulan ini, tersebar sekeping gambar setiausaha agung DAP itu bersama ahli perniagaan yang disiasat dan ditahan SKMM berhubung dakwaan menerima sogokan bagi menyelesaikan kontroversi projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Walau bagaimanapun, Lim menafikan bahawa beliau mengenali secara dekat ‘Datuk Seri’ itu dan menurutnya, ramai individu lain turut mengambil gambar bersama ahli perniagaan terbabit.

Gambar Lim dan seorang lelaki yang menyerupai ‘Datuk Seri’ itu dalam sebuah kereta tersebar di media sosial dan didakwa diambil pada Ogos tahun lalu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1298730Total visitors:
  • Skip to toolbar