NewGen Sertai Gagasan Sejahtera

March 19, 2018 by Caspian

Category: politik

NewGen sertai Gagasan Sejahtera

Parti Generasi Baru (New Gen) secara rasmi menyertai blok Gagasan Sejahtera yang diketuai Pas, menjelang PRU14 tidak lama lagi.

Presidennya, Datuk G Kumar Aaman berkata, partinya itu bersedia untuk memberikan sokongan penuh dan mendokong wawasan gabungan Gagasan Sejahtera yang ketika ini dianggotai Pas, Ikatan, Berjasa dan PCM.

“Kita sedia membantu gabungan Gagasan Sejahtera memberi yang terbaik pada PRU14 akan datang.

“Menyertai gabungan yang diketuai Pas adalah sesuatu yang akan memberi impak khususnya kepada masyarakat India bagi mendekati dan memahami perjuangan Pas kepada kesejahteraan rakyat Malaysia,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Pas, hari ini.

Kumar Aaman yang juga bekas setiausaha agung MIC, turut menjadi ahli Dewan Perhimpunan Penyokong Pas (DHPP) selain menyerahkan borang permohonan rasmi menyertai Gagasan Sejahtera kepada Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Hadir sama, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takyuddin Hassan dan Ketua DHPP, N Balasubramaniam.

Sementara itu, Tuan Ibrahim mengalu-alukan kehadiran parti New Gen dalam gabungan Gagasan Sejahtera selain mengatakan agihan jumlah kerusi kepada calon bukan Islam akan ditambah.

“Kita mengalu-alukan kehadiran NewGen untuk bersama-sama Gagasan Sejahtera dalam membentuk Malaysia Sejahtera menjelang PRU14.

“Saya boleh pastikan jumlah kerusi bagi calon bukan Islam ditambah lebih dua kali ganda. Kita akan bincang lagi pada mesyuarat akan datang,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Kumar Aaman menjelaskan bahawa Parti NewGen dan Parti Tindakan Hak Minoriti (Mira) merupakan dua entiti parti yang berbeza.

“Saya tidak mahu komen siapa parti Mira. Tetapi, bagi parti New Gen saya masih presiden. Kalau nak tanya pasal status Mira, kena tanya Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS),” katanya.

Parti Mira dibawah pimpinan presidennya, A Rajaretnam sebelum ini mendakwa parti itu pada asalnya merupakan parti New Gen sebelum ditukar nama kepada Mira selain merupakan rakan strategik kepada blok Pakatan Harapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1298730Total visitors:
  • Skip to toolbar