Adakah Tun Mahathir Terlalu Tua Untuk Menjadi PM? Tidak…

March 22, 2018 by Suara Kebenaran

Category: editor

Ada wacana yang diadakan semata-mata untuk membincangkan sama ada Tun terlalu tua untuk menjadi Perdana Menteri semula.  Persoalan itu tidak sepatutnya timbul kerana Tun membuktikan disebalik usia emasnya sekarang, beliau masih lagi bertenaga termasuk mampu membawa kenderaan mewah dengan laju dalam situasi hujan lebat.

Walaupun Tun Mahathir akan berusia 93 tahun pada tahun ini tapi itu bukan bermaksud beliau sudah terlalu tua untuk menjadi Perdana Menteri.  93 tahun bukanlah usia yang terlalu tua pun, sebagai perbandingan, lelaki tertua pernah hidup di dunia ini berusia 116 tahun!!

Tun belum pun cecah 100 tahun, masih banyak masa lagi.

Bagi jawatan Perdana Menteri, 93 tahun bukanlah terlalu tua.  Kalau jawatan Penasihat Petronas yang Tun pernah sandang, itu mungkinlah sebab kondisinya berbeza dengan jawatan Perdana Menteri, sebab itu Tun meletakkan jawatan itu.

Ketika melepaskan jawatan pada tahun 2003, Tun baru berusia 78 tahun tapi perletakan jawatan itu bukan kerana faktor usia sebaliknya kerana beliau sudah terlalu lama berkuasa – 22 tahun.

Tempoh rehat selama 15 tahun sudah cukup lama dan Tun boleh menjadi Perdana Menteri semula bagi menyelamatkan Malaysia yang sedang nazak dibawah Najib.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1298730Total visitors:
  • Skip to toolbar