Bukan Sahaja Pulang Kereta Rasmi, Gaji Turut Tak Ambil

April 9, 2018 by Suara Kebenaran

Category: editor

Barisan Exco Selangor, diketuai Menteri Besarnya, bukan sahaja memulangkan kenderaan rasmi sebaik DUN negeri itu dipulangkan, bahkan turut tidak akan mengambil gaji selama kerajaan baru tidak ditubuhkan.  Bermaksud ada kemungkinan sehingga 2 bulan tidak bergaji kerana perlembagaan memperuntukkan tempoh 60 hari (selepas bubar) untuk mengundi dan kerajaan baru dibentuk.

Ini dijelaskan sendiri oleh seorang pegawai Menteri Besar yang mengesahkan perkara tersebut sebentar tadi.

Gaji, termasuklah sekali elaun-elaun serta kelebihan yang datang dengan kedudukan tersebut, semuanya turut tidak akan diambil sepanjang tempoh pembubaran ini.

Perkara ini sepatutnya menjadi contoh ikutan semua ketua kerajaan negeri yang lain, mereka juga harus memulangkan kenderaan rasmi dan tidak mengambil gaji seperti mana yang dilakukan pentadbiran negeri Selangor.

Selain Selangor, kerajaan Penang juga difahamkan turut menurut jejak langkah yang sama dengan memulangkan kenderaan rasmi dan tidak mengambil gaji.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1298718Total visitors:
  • Skip to toolbar