Hindraf Sahkan Masyarakat India Boleh Menerima Gelaran Keling Oleh Tun M?

April 9, 2018 by Suara Kebenaran

Category: editor

Seorang ahli kumpulan Hindraf yang enggan dikenali berpendapat bahawa pergerakan tersebut boleh menerima dengan hati terbuka gelaran “keling” yang disebutkan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Mahathir Mohammad tempoh hari.

Pendapat ini berdasarkan hakikat bahawa belum ada mana-mana kenyataan rasmi dari pemimpin kumpulan tersebut yang mengkritik Tun Mahathir lanjutan dari ucapan tersebut – setakat artikel ini ditulis.

Menurutnya, perkara ini mungkin terjadi antaranya kerana kumpulan tersebut berpandangan setelah sekian lama menetap di negara ini, gelaran itu bukanlah lagi gelaran yang menghina masyarakat India seperti dahulu kala.

Di Malaysia ini ada banyak tempat, termasuk nama orang yang ada perkataan keling, contohnya Tanjung Kling di Melaka dan ahli akademik yang bernama Zainal Kling.

Semua ini telah wujud dan masih wujud sehingga sekarang serta tidak mencetuskan sebarang masalah.  Lagipun Tun sudah mengesahkan beliau tidak berniat menghina dengan mengatakan masyarakat India seperti itu dan perkara ini haruslah dihormati semua pihak.

Tentang pelbagai laporan dibuat MIC berhubung kenyataan tersebut, ahli kumpulan Hindraf yang berkenaan menjelaskan MIC tidak mewakili masyarakat India dan dengan itu tidak layak bercakap bagi pihak kaum tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1298733Total visitors:
  • Skip to toolbar