Tan Seng Giaw Akan Bertanding Tiket Gerakan Pertahan Kepong?

April 10, 2018 by Suara Kebenaran

Category: editor

Ura-ura menyebut bekas ahli parlimen Kepong, Dr. Tan Seng Giaw yang digugurkan sebagai calon Pakatan Harapan (DAP) dalam PRU14 yang akan datang, bakal mempertahankan kerusi tersebut di atas tiket BN mewakili parti Gerakan.

Khabar angin ini mula bertebaran sejak pagi tadi setelah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng malam semalam mengumumkan bekas Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng akan berpindah ke Kepong sementara kerusi parlimen Segambut akan ditandingi bekas Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh.

Difahamkan beberapa orang pemimpin parti Gerakan juga sudah menghubungi Dr. Tan untuk menjemput beliau bertanding atas tiket parti tersebut.

Semalam Seng Giaw dilaporkan media sebagai bertekad untuk terus mempertahankan parlimen Kepong yang telah diwakili beliau sejak 8 penggal yang dulu.  Begitupun dengan pengugurannya pagi tadi, wujud dakwaan dia akan mempertahankan kerusi itu di atas tiket BN (Gerakan).

Walaubagaimanapun, suka dijelaskan bahawa setakat ini masih belum ada kenyataan rasmi dari Dr. Tan sendiri yang mengesahkan khabar angin tersebut.  Malah dalam kenyataannya pagi tadi, Dr. Tan menegaskan tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Kepong setelah digugurkan oleh DAP.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1298733Total visitors:
  • Skip to toolbar