Adakan Pilihan Raya Hari Rabu Petanda SPR Hormati Tun M?

April 11, 2018 by Caspian

Category: editor

Ramai yang membantah keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang memutuskan hari pengundian jatuh pada 9 Mei 2018 bersamaan hari Rabu.

Ramai yang menganggap, keputusan ini menyusahkan para pengundi luar yang perlu menunaikan tanggungjawab mereka pada PRU ke 14 kali ini.

Namun, menurut sumber dalaman SPR, keputusan ini diambil sebagai tanda menghormati hari kegemaran Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pasti ramai yang masih ingat bagaimana Tun M begitu menggemari Pekan Rabu yang berada di dalam Parlimen Kubang Pasu, kerusi Parlimen yang dikuasai oleh Tun M sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri.

Bagi Tun M, Pekan Rabu itu mempunyai nostalgia dan memorinya yang tersendiri buat Tun M dan oleh yang demikian, mesyuarat SPR baru-baru ini mengambil keputusan untuk mengadakan hari Pilihan Raya Umum ke 14 pada hari Rabu, sempena menghormati Tun M.

Menurut sumber ini lagi, dia tidak faham, kenapa para penyokong Pakatan Harapan perlu marah kepada keputusan yang diambil oleh SPR ini. Ini kerana, hari berkenaan cukup memberi erti dan kesan besar buat Tun M sejak sekian lama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1298733Total visitors:
  • Skip to toolbar