Harapan Akan Naikkan Nilai BR1M RM 2,500, Nama Dikekalkan

April 12, 2018 by Suara Kebenaran

Category: editor

Sebagai respon kepada janji BN untuk menaikkan BR1M kepada RM 2,000, Pakatan Harapan telah melihat semula manifestonya dan membuat perubahan yang dimana sesuai.

Antara yang telah dipersetujui segera oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan ialah untuk menaikkan nilai BR1M kepada RM 2,500 berbanding RM 2,000 yang ditawarkan oleh BN dalam pelancaran Manifesto BN di Bukit Jalil Sabtu lepas.

Pengumuman mengenainya akan dibuat tidak lama lagi.

Untuk meyakinkan rakyat, Pakatan turut akan mengekalkan nama BR1M agar rakyat tidak terkeliru sekalipun itu bermaksud mengekalkan propaganda 1 Malaysia yang dijuarai Najib.

Tidak mengapalah asal sahaja rakyat boleh faham dan menerima hakikat walaupun dengan perubahan kerajaaan, apa yang penting untuk mereka akan tetap dikekalkan, seperti BR1M ini.

Begitupun, tidak ada maklumat lengkap sama ada pemberian BR1M ini akan mengikut seperti mana yang dijanjikan BN seperti tambahan sekali ganda BR1M untuk bulan Julai dan September yang akan datang.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1298734Total visitors:
  • Skip to toolbar