Pakatan Harapan Akan Umum 6 Bulan Bonus Dan Insentif Lain Jika Menang PRU 14

April 12, 2018 by Caspian

Category: editor

Semalam, menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Azmin Ali, beliau menjanjikan pemberian 3 bulan bonus kepada semua kakitangan awam di negeri Selangor sebagai tanda terima kasih sekiranya berjaya memenangi semula negeri Selangor selepas PRU ke 14 kelak.

Langkah ini dilihat cukup dekat di hati rakyat dan oleh yang demikian, Majlis Presiden Pakatan Harapan bersetuju untuk menyediakan 6 bulan bonus dan pelbagai inisiatif yang lain sekiranya Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan kelak.

Menurut sumber yang rapat dengan Majlis Presiden Pakatan Harapan, langkah ini dilihat mampu menyaingi pemberian BR1M yang terkandung di dalam Manifesto BN sebelum ini.

Dengan pemberian 6 bulan bonus ini, Pakatan Harapan melihat ianya mampu membantu rakyat dalam berbelanja. Malah, besar kemungkinan kadar GST juga bakal bakal dikurangkan dalam tempoh 100 hari pertama pentadbiran Pakatan Harapan di Putrajaya.

Diharapkan, pemberian ini akan mampu melonjakkan lagi undi yang akan diraih oleh Pakatan Harapan dan seterusnya mampu membentuk kerajaan selepas hari pengundian pada 9 Mei yang akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1298734Total visitors:
  • Skip to toolbar