Pecat Seng Giaw : Lebih Baik Hilang Seorang Dari Hilang Parti

April 12, 2018 by Caspian

Category: editor

Semalam, kepimpinan DAP mengambil keputusan untuk memecat keahlian Tan Seng Giaw, Ahli Parlimen Kepong kerana didapati melanggar pendirian rasmi DAP berhubung Akta Anti Berita Palsu yang baru digazetkan semalam.

Semuanya gara-gara Seng Giaw di dapati mengeluarkkan kenyataan yang disifatkan DAP sebagai berunsur fitnah dan dikhuatiri akan menyebabkan kedudukan parti menjadi bahaya dan tidak stabil.

Ketika mengulas tentang pemecatan ini, salah seorang anggota Jawatankuasa CEC DAP memberitahu, pemecatan Seng Giaw ini sebenarnya telah dirancang sejak sekian lama.

Ini kerana, dia merupakan Ahli Parlimen paling lama berkhidmat iaitu selama 8 penggal di Parlimen Kepong. Ini menyekat sebarang usaha muka baru untuk bertanding di kerusi berkenaan.

Tambahan pula, sejak menjadi Timbalan Pengerusi PAC yang menyiasat penyelewangan 1MDB, dia dilihat lebih cenderong kepada UMNO dan BN dan ini dilihat boleh mengancam keharmonian DAP yang dipimpin oleh Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.

Selama ini, memang Jawatankuasa DAP sedang menunggu sahaja Seng Giaw melakukan kesalahan dan memandangkan dia secara terbuka menghentam DAP, inilah peluang terbaik menyingkirkan terus Seng Giaw yang dianggap sudah terlalu tua untuk terus berada di dalam politik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1298733Total visitors:
  • Skip to toolbar