Walaupun Merangkak Tetap Kena Balik

April 12, 2018 by Caspian

Category: politik

Walaupun merangkak tetap kena balik

“Arwah Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) pernah berpesan untuk mempertahankan Kerajaan Islam Kelantan, walaupun merangkak tetap kena balik (mengundi).”

Demikian reaksi Setiausaha Pas Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi ketika diminta mengulas pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menetapkan hari mengundi PRU14 jatuh pada hari bekerja iaitu Rabu.

Che Abdullah berkata, beliau percaya perkara tersebut tidak akan mematahkan semangat anak perantau untuk menjalankan tanggungjawab bagi memastikan kerajaan Pas terus kekal memerintah negeri ini.

“Rakyat Kelantan berjiwa pahlawan dan mereka tidak akan membenarkan sebarang usaha untuk menghalang daripada pulang mengundi.

“Saya sudah nampak anak-anak perantau cukup bersemangat dan difahamkan tempahan tiket penerbangan ke Kelantan menunjukkan peningkatan luar biasa sebaik sahaja tarikh PRU14 diumumkan,” katanya.

Menurutnya, peningkatan itu jelas menunjukkan kebangkitan anak-anak perantau untuk pulang mengundi dan mereka sedar tanggungjawab terhadap negeri Kelantan.

Terdahulu, Che Abdullah merasmikan Karnival Bertani Satu Ibadah di Mini Stadium Pasir Mas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1298733Total visitors:
  • Skip to toolbar