Bekas Hakim Cabar Ketua Puteri Umno di Masjid Tanah

April 16, 2018 by Caspian

Category: politik

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mengumumkan akan bertanding di dua kerusi Parlimen dan enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Melaka.

Bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Roslin Husin dan bekas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Sabirin Ja’afar adalah antara calon BERSATU yang akan bertanding di Melaka pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), 9 Mei ini.

Portal Utusan Malaysia melaporkan Ketua BERSATU Melaka, Mohd Redzuan Yusof membuat pengumuman itu dalam satu majlis suai kenal calon lewat malam semalam di Melaka.

Beliau yang akan bertanding di kerusi Parlimen Alor Gajah memberitahu, Roslin akan bertanding di DUN Ayer Limau manakala Sabirin pula di Parlimen Masjid Tanah yang kini disandang Ketua Puteri Umno, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Selain itu katanya, Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Mohd. Rafiq Naizamohideen akan bertanding di DUN Paya Rumput.

Senarai calon lain yang akan bertanding di Melaka adalah Riduan Abu Bakar (DUN Lendu); Azalina Abd. Rahman (DUN Sungai Rambai); Zamzuri Ariffin (DUN Asahan) dan Fendi Ahmad (DUN Telok Mas).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1298734Total visitors:
  • Skip to toolbar