BN Raih Kepercayaan Masyarakat India

April 16, 2018 by Caspian

Category: politik

BN raih kepercayaan masyarakat India

Penelitian masyarakat India khususnya dari Dun Bukit Selambau kini lebih matang setelah kawasan itu yang majoriti pengundinya mencecah lebih 40,000 ditadbir pembangkang dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini.

Pengerusi MIC Kedah, Datuk Jaspal Singh berkata, kenyataan itu dibuat berdasarkan penerimaan masyarakat iaitu pengundi di Dun Bukit Selambau terhadap program yang dijalankan BN yang telah pun diterima baik di setiap kawasan.

Menurutnya, beliau yakin bahawa rakyat telah pun menyedari bahawa kewujudan pembangkang sepanjang tempoh 10 tahun di Dun Bukit Selambau tidak membawa banyak perubahan.

“Saya rasa apa yang kita dapat dari respons balas rakyat iaitu masyarakat India di Dun Bukit Selambau lebih matang, ini kerana dalam pemikiran mereka strategi pembangkang hanya nak kutuk kerajaan semata-mata.

“Sebaliknya pembangkang tak ada ‘report card’ yang baik yang depa boleh buat kerja,” katanya sempena Program Jom Bantu Rakyat di Taman Bandar Baru Sungai Lalang semalam.

Menurutnya, sambutan dan penerimaan rakyat di keseluruhan kawasan memuaskan setelah penelitian menunjukkan kehadiran ramai ke program anjuran BN termasuk Jom Bantu Rakyat yang dianjurkan semalam.

“Hari ini (semalam) kita anjur program ini nak bagi kemudahan kepada penduduk di Taman Bandar Baru Sungai Lalang semak status permohonan bantuan, buat pendaftaran e-kasih, jalani pemeriksaan kesihatan dan periksa mata serta daftar di kaunter bantuan am,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1298734Total visitors:
  • Skip to toolbar