IJN Akan Dipindahkan Ke Langkawi

April 16, 2018 by Suara Kebenaran

Category: editor

Kerajaan persekutuan Pakatan Harapan yang baru difahamkan bakal memindahkan Institut Jantung Negara (IJN) dari Kuala Lumpur ke Pulau Langkawi bagi membolehkan rawatan yang sempurna diberikan kepada calon Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad.

Rancangan ini sesuai dengan pengumuman Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Wan Azizah Ismail semalam yang mengumumkan Tun Mahathir sebagai calon untuk Parlimen Langkawi.

Ini bermaksud, rakyat Langkawi akan mendapat kelebihan lebih dari tempat lain di Malaysia dengan terbinannya IJN di kawasan mereka. Banyak kes-kes penyakit jantung di Langkawi dan kawasan sekitarnya, kini boleh dirawat dengan sempurna tanpa perlu berjalan ke Kuala Lumpur.

Banyak kos boleh dijimatkan.  Disitulah untungnya memilih Tun Mahathir sebagai ahli parlimen.

Malah kerajaan Pakatan Harapan juga berkemungkinan menempatkan sebuah Pejabat Perdana Menteri sementara di Langkawi bagi memudahkan Tun menjalankan tugasnya dan dalam masa yang sama, mendapatkan rawatan yang sempurna.  Perkara ini bagaimanapun masih belum diputuskan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1298734Total visitors:
  • Skip to toolbar