‘Ingatlah Jasa Pemimpin, Kerajaan’

April 16, 2018 by Caspian

Category: politik

‘Ingatlah jasa pemimpin, kerajaan’

Masyarakat diingatkan bahawa negara ini lahir hasil perjuangan Tungku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Tan Siew Sin dan Tun Sambanthan yang berusaha membebaskan negara daripada cengkaman penjajahan British awal 1955.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Datuk Mohd Sukari Abdul Hamid berkata, sewajarnya perjuangan kepimpinan ini dihargai rakyat.

“Jalinan kerjasama jitu bermula dari peringkat awal lagi dan seharusnya terus dipertahan.

“Kalau kita lihat kembali sejarah negara, kita maju adalah hasil usaha pengorbanan dan persefahaman datuk nenek moyang kita sebelum merdeka.

“Selepas merdeka seterusnya sama-sama bangunkan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Jalinan Kasih Bersama Komuniti Dun Jeram Padang di pekarangan Petronas Rompin.

Dalam pada itu, program bertujuan menyebar maklumat transformasi kerajaan dan hala tuju masyarakat India melalui sesi dialog.

Ujarnya, kerajaan yang sedia ada dapat merangka pelbagai usaha dan perancangan kepada seluruh rakyat Malaysia bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat terutama dalam bidang pendidikan dan kesihatan.

Sementara itu, mengulas mengenai program tersebut, Mohd Sukari memaklmukan, Jabatan Penerangan mula melaksanakan program ini terutama kepada masyarakat India sejak tahun lalu.

“Ia antara lain mengajak kaum India bersama dengan kaum-kaum lain memastikan kehidupan harmoni, aman dan tenteram seperti kita lihat pada malam ini,” katanya.

Mohd Sukari turut mengingatkan bahawa masyarakat tidak mengira kaum dan latar belakang, perlu berhati-hati dengan penyebaran berita palsu yang boleh mengundang tindakan mahkamah kerana akta tersebut telah diwartakan.

Hadir sama memeriahkan program, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Penerangan, Datuk Almain Ajirul dan Pengerusi MIC Bahagian Jempol, Datuk L Manickam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1298734Total visitors:
  • Skip to toolbar