Langkawi Bakal Setaraf Maldives Andai Tun M Dipilih Sebagai MP

April 16, 2018 by Caspian

Category: editor

Siapa tidak mengenali Pulau Maldives yang menjadi tumpuan pelancong dari serata dunia. Bandar yang cukup indah berkenaan boleh dikatakan antara bandar yang paling ingin dikunjungi oleh setiap manusia yang ada di muka bumi ini.

Namun, siapa sangka di Malaysia juga mempunyai sebuah pulau yang mempunyai persamaan dengan Maldives? Pulau yang dimaksudkan adalah Pulau Langkawi yang hari ini menjadi antara lokasi pelancongan menarik buat warga Malaysia.

Paling mencuri tumpuan adalah, Bapa Permodenan Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan akan merebut kerusi ini pada Pilihan Raya Umum ke 14 nanti.

Antara perancangan utama Tun M adalah merubah keseluruhan Parlimen Langkawi seperti mana kewujudan Pulau Maldives. Perubahan ini menyaksikan nama Langkawi akan di kenali di serata dunia sebagai lokasi percutian terhebat dalam ketamadunan manusia.

Malah, Tun M juga akan memperkenalkan satu skim baru yang membenarkan pelancong yang ingin menikmati suasana damai di Langkawi, memajak atau membeli mana-mana pulau yang ada di sekitar Langkawi, konsep yang sama seperti mana yang dilakukan di Maldives.

Semua ini tidak mustahil di lakukan kerana Tun M amat yakin, Pakatan Harapan akan menawan Kedah. Malah, sumber kewangan dari diri beliau dan rakan baik beliau, Tun Daim Zainuddin pasti akan membantu dalam merealisasikan impian ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1298734Total visitors:
  • Skip to toolbar