Pekerja BN Dakwa Penyokong Pembangkang Lepaskan Anjing

April 16, 2018 by Caspian

Category: politik

Pemimpin dan penyokong yang berkempen untuk BN di Kuching, Sarawak dilaporkan berdepan dengan masalah anjing ketika bertugas, khususnya di kawasan pedalaman dan rumah panjang.

Menurut Ketua Unit Muara Tabuan, Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) Paruwadi Musa, kempen mereka terganggu dengan kehadiran anjing yang dilepaskan oleh pemiliknya.

Akhbar Borneo Post memetiknya sebagai berkata, bahawa dia percaya anjing-anjing sengaja dilepaskan oleh pemilik mereka kerana kebanyakan penduduk tempatan sekitar adalah penyokong pembangkang.

“Setiap kali kami pergi ke sana, anjing akan menyalak lalu mengejar kami.

“Ini adalah pengalaman menakutkan tetapi kami akan terus melaksamakan kerja kami.

“Taktik sedemikian tidak akan melemahkan semangat kami,” katanya.

Sarawak baru-baru dilanda penyakit anjing gila dengan virus itu dilaporkan telah mengakibatkan kematian ima orang sejak 30 Jun tahun lalu.

Pada Januari lalu, pihak berkuasa mengisytiharkan 28 kawasan sebagai wabak rabies dengan lima bahagian di Sarawak, iaitu Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman dan Sarikei.

Sementara itu, Paruwadi menggesa semua anggota PBB untuk menyokong pencalonan semula Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebagai calon BN untuk pilihan raya umum akan datang.

“Wan Junaidi masih boleh berkhidmat dengan baik dan orang ramai sangat mengenalinya.

“Dia berkhidmat dengan baik dan kami masih mahukannya sebagai wakil kami. Saya harap para pemimpin tertinggi BN akan mencalonkannya semula untuk pilihan raya ini,” katanya.

Paruwadi juga berharap Wan Junaidi akan membantu menyelesaikan lebih banyak masalah rakyat di Tabuan Melayu jika beliau dikekalkan sebagai wakil rakyat mereka.

Wan Junaidi adalah menteri sumber alam dan alam sekitar dan penyandang kerusi Parlimen Santubong.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1298734Total visitors:
  • Skip to toolbar