Siasat Dahulu Sebelum Tuduh

April 16, 2018 by Caspian

Category: politik

Eddie Ng Tien Chee

Bekas Adun Seri Kembangan, Datuk Liew Yuen Keong, dinasihatkan untuk menyiasat terlebih dahulu sebelum membangkitkan sesuatu isu atau tuduhan supaya tidak mengelirukan rakyat.

Adun Balakong, Eddie Ng Tien Chee berkata, tuduhan yang dibuat mengenai isu tidak memasukkan dana Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (Marris) dalam bajet kerajaan negeri menunjukkan kelemahan pimpinan MCA kawasan itu sendiri.

“Tuduhan itu menunjukkan mereka tidak buat ‘kerja rumah’, itu standard pemimpin MCA.

“Dana Marris tidak dimasukkan dalam bajet kerana itu adalah keputusan yang dikeluarkan Majlis Kewangan Negara pada tahun 2012,” katanya,

Beliau yang juga Setiausaha Organisasi DAP Selangor berkata, tujuan arahan itu dikeluarkan adalah untuk mengelakkan dana itu disalah guna oleh mana-mana kerajaan negeri.

“Tujuan dana itu diberi kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri untuk turap semula jalan, baiki jalan dan selenggara sungai, tak boleh guna untuk tujuan lain.

“Tapi wujud sesetengah negeri yang diperintah Barisan Nasional (BN) yang guna dana itu untuk bayar gaji penjawat awam, sebab itu Majlis Kewangan Negara buat keputusan itu,” katanya.

Menurutnya, setiap wakil rakyat di Selangor diberi peruntukan daripada dana Marris itu untuk jaga kebajikan rakyat.

“Dana itu kemudian disalurkan kepada majlis perbandaran, contohnya Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) untuk laksanakan kerja yang sepatutnya.

“Saya sebagai Adun, akan buat keputusan di mana kawasan yang perlu dibaiki melalui MPKJ setiap tahun,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1298734Total visitors:
  • Skip to toolbar