Tiga Elemen Utama Pengaruhi Undi Anak Muda

April 16, 2018 by Caspian

Category: politik

Tiga elemen utama pengaruhi undi anak muda

Beberapa pemimpin muda dalam kalangan wanita bersetuju aspek pendidikan antara topik yang mempengaruhi pilihan pengundi pada PRU kali ini.

Ketua Puteri Umno Bahagian Kuala Langat, Asuma Beevi Mohamed Sali berkata, difahamkan hampir 50 peratus pengundi PRU14 adalah pengundi daripada golongan muda.

Menurutnya kecenderungan pengundi muda untuk mengundi adalah jaminan untuk kelangsungan hidup di Malaysia.

“Antara elemen utama adalah kos sara hidup, pendidikan dan keselamatan.

“Jaminan kestabilan tiga elemen ini akan menjadi pendorong utama bagi pengundi muda memilih kerajaan yang akan memerintah negara pada masa akan datang,”katanya.

Asuma berkata, pendidikan merupakan aset bagi golongan luar bandar untuk bersaing dengan golongan di bandar baik dari segi akademik mahu pun kemahiran hidup.

Katanya, jaminan orang muda atau pun #JomBN yang dilancarkan minggu lepas membuktikan satu perancangan masa hadapan yang sangat inklusif dengan golongan muda dan pelbagai lapisan masyarakatterutamanya yang melibatkan ekonomi dan pendidikan.

“Bagi saya ia membuka ruang dan peluang bagi setiap golongan untuk menjadikan ilmu sebagai aset kehidupan.

“Pengundi hari ni sebenarnya dah bijak, mereka akan memilih pemimpin yang akan membantu mereka ke arah yang lebih baik,”katanya.

Di Kuala Langat, Asuma berkata, memang terdapat perancangan untuk penambahbaikan infrastruktur institut-institut sedia ada dan juga penambahan sekolah berasrama penuh seperti MRSM dan pusat latihan sukan bagi anak muda di Kuala Langat.

Sementara itu, Ketua Puteri Umno Bahagian Sepang, Siti Zubaidah Abu Bakar berpendapat, isu pendidikan memang menjadi salah satu pengaruh pengundi terutama golongan guru dan ibu bapa.

Menurutnya, manifesto BN yang memberi tumpuan kepada pelajar luar bandar dengan penyediaan prasarana pembelajaran yang mengikut peredaran zaman, cukup baik.

“Saya fikir ia sebagai usaha meringankan beban guru selain job matching dibuat di peringkat sekolah adalah secara terbaik dalam menyediakan pelajar ke dalam dunia pekerjaan,”katanya selepas Program Rakyat Wanita Muda Dun Tanjung Sepat, semalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1298734Total visitors:
  • Skip to toolbar