Umno Janji Kempen Berhemah

April 16, 2018 by Caspian

Category: politik

Umno Kelantan akan menggunakan tempoh berkempen selama 11 hari pada PRU14 dengan memberikan penerangan berkaitan dengan menifesto dan kejayaan parti itu sebelum ini.

Setiausaha Umno negeri, Senator Datuk Hanafi Mamat berkata, penerangan itu bagi membolehkan rakyat membuat penilaian tepat untuk memilih parti yang sentiasa mengotakan janji pada 9 Mei ini.

“Selain manifesto, kita turut akan memberikan penerangan berkaitan dengan kejayaan dan sumbangan yang telah diberikan oleh kerajaan pusat kepada negeri Kelantan.

“Walaupun berbeza pentadbiran namun kerajaan persekutuan tetap memberikan sumbangan bagi memastikan rakyat Kelantan turut menerima limpahan nikmat pembangunan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program Sepakat Komuniti 1Malaysia Peringkat Parlimen Pasir Mas di Kampung Padang Embun, Tendong.

Hampir 1,000 penduduk hadir ke program berkenaan yang dimeriahkan dengan alunan qasidah dan selawat oleh Kumpulan Qasidah Nur Mustofa.

Turut hadir Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Datuk Yahaya Mamat dan Pengarah Jabatan Penerangan Kelantan, Azhar Ismail.

Menurutnya, untuk kempen kali ini juga Umno tidak akan menyerang dan memperlekeh parti lawan.

Katanya, bukan itu sahaja mereka juga tidak akan mengeji pihak lawan sebaliknya lebih selesa untuk memberikan penerangan dan penjelasan.

“Kita juga tidak akan menyebarkan berita palsu atau fitnah, Umno hanya akan bercakap perkara-perkara yang kita mampu lakukan.

“Jika pihak lawan tidak mampu lakukan seperti menyiapkan jambatan atau lebuh raya kita akan beritahu perkara itu kepada rakyat,” katanya.

Hanafi yang juga Ketua Umno Bahagian Pasir Mas menyeru kepada rakyat negeri ini untuk memberikan mandat kepada Umno pada PRU14 kali ini.

Katanya, sudah tiba masanya rakyat memberikan mandat kepada Umno yang telah terbukti mengotakan janji.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1298734Total visitors:
  • Skip to toolbar