Azwan Bro Tidak Kecewa Kalau Tak Dicalon

April 17, 2018 by Caspian

Category: politik

 Azwan Bro

Pemuda BN akan terus bekerja memenangkan BN meskipun ada pemimpin mereka tidak dipilih sebagai calon pada PRU14.

Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun berkata, beliau tidak akan kecewa sekiranya tidak dipilih kali ini asalkan lebih ramai calon Pemuda dan Puteri diperkenalkan sebaris dengan calon lama yang berpengalaman.

Menurutnya, suara golongan muda lebih penting didengari oleh pucuk pimpinan parti.

“Kita merayu pada pusingan terakhir ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenengahkan lebih ramai calon Pemuda dan Puteri. Saya akui calon yang ada semua bagus belaka dan berpengalaman tetapi saya mewakili generasi muda di negeri ini, mahu ada gabungan lama dan baru untuk pastikan masa depan BN.

“Sekiranya MB berjaya memujuk, kita berjanji akan bekerja kuat untuk menangkan BN dan calon-calonnya. Kita tidak akan kecewa sama sekali walaupun tidak menjadi calon, bukan calon Azwan Bro atau Khairul Shahrilnya tetapi yang penting, suara anak muda didengar oleh menteri besar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan 3,000 jentera Briged Gempur 2314 Pemuda BN Negeri di Kediaman Menteri Besar di sini, kelmarin.

Sementara itu, Khairul Azwan berkata, Briged Gempur Pemuda perlu bergerak memastikan golongan muda yang layak dapat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi 9 Mei ini.

“Setiap pilihan raya bukan sekadar laungan dan bendera tetapi undi-undi anak muda perlu diterjemahkan untuk undi BN. Briged Gempur mesti berani mempertahankan bendera dan perjuangan selain mencari anak muda, pujuk mereka balik mengundi.

“Komitmen anak muda begitu banyak dan meluas. BN sahaja mampu membela nasib anak muda dan manifesto BN Perak akan diumumkan Rabu ini. Minta menteri besar pastikan keperluan dan aspirasi anak muda negeri ini tidak ditinggalkan dalam manifesto itu,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1298730Total visitors:
  • Skip to toolbar