Mahkamah: Anwar Tak Perlu Hadir Kes Perkenan Agong

April 17, 2018 by Caspian

Category: politik

Mahkamah Persekutuan memutuskan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu hadir dalam prosiding mahkamah untuk mencabar tiga undang-undang yang memansuhkan keperluan suatu rang undang-undang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif mengetuai panel hakim yang menolak permohonan ex-parte oleh peguam Latheefa Koya yang bertindak bagi pihak bekas ketua pembangkang yang sedang menjalani hukuman penjara itu.

Raus hari ini memutuskan Anwar tidak perlu hadir ketika permohonannya mendapatkan kebenaran bagi mencabar perkara itu.

Raus juga berkata pendengaran bagi mendapatkan kebenaran itu telah ditetapkan di hadapan seorang hakim di Mahkamah Persekutuan.

Anwar dijatuhi hukuman penjara lima tahun akan kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan dan dijadual dibebaskan pada 8 Jun depan.

Pendengaran berkaitan kebenaran Anwar mencabar tiga undang-undang ditetapkan pada 23 April.

Anwar memfailkan permohonan itu pada 2 Jun dengan menamakan kerajaan Malaysia sebagai responden tunggal.

Anwar memohon Seksyen 12 Akta Perlembagaan (Pindaan) 1983, Seksyen 2 Akta Perlembagaan (Pindaan) 1984 dan Seksyen 8 Akta Perlembagaan 1994 diisytiharkan melanggar perlembagaan kerana menjejaskan struktur asas Perlembagaan Persekutuan.

Anwar juga mahukan satu pengisytiharan yang menyebut tiga undang-undang itu sebagai ultra vires (melampau bidang kuasa) terhadap Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan, kerana parlimen tidak mempunyai hak untuk meluluskan pindaan berkaitan.

Peruntukan perlembagaan itu menyebut bahawa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Kemerdekaan yang tidak selari dengan perlembagaan akan terbatal.

Selain itu, Anwar turut mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara Act (NSC) yang diluluskan tanpa perkenan agong.

Anwar telah memfailkan cabaran berasingan terhadap akta itu. Mahkamah Persekutuan Mac lalu memberikan kebenaran untuk membangkitkan dua persoalan undang-undang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1298732Total visitors:
  • Skip to toolbar