Mkini Disalahkan Siar Pesan Zahid ‘Lebih Baik Jangan Balik Undi’

April 17, 2018 by Caspian

Category: politik

Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Huan Cheng Guan menyalahkan Malaysiakini berhubung kenyataan timbalan perdana menteri sementara Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura tidak perlu balik mengundi jika tidak mendapat kebenaran majikan.

Menuduh Malaysiakini sebagai biadap, pemimpin PCM itu menggesa pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertindak terhadap portal berita itu.

Dalam satu kenyataan oleh Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Huan berkata artikel yang bertajuk Zahid: “Kalau majikan tak bagi cuti lebih baik jangan balik undi” memberi gambaran bahawa kerajaan tidak menggalakkan Rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura balik mengundi.

Beliau juga mendakwa tajuk artikel itu bertujuan mencetuskan kebencian di kalangan rakyat Malaysia terhadap kerajaan.

“Kenyataan Zahid jelas, terpulang kepada rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura, sama ada mereka mahu balik untuk mengundi atau sebaliknya.

“Kerajaan sentiasa terbuka untuk perkara ini kerana negara ini mengamalkan demokrasi dan setiap orang mempunyai hak untuk mengundi,” katanya.

Huan juga menuduh Malaysiakini melanggar Akta Antiberita Palsu 2018 yang berkuatkuasa minggu lepas.

Artikel Malaysiakini mengenai Zahid berdasarkan rakaman audio mengenai apa yang dikatakannya kepada pemberita pada satu acara di Kluang, Johor, Jumaat lalu.

Berikut adalah soalan yang ditujukan kepada timbalan perdana menteri sementara itu dan jawapan beliau:

Wartawan: Datuk Seri, nasihat anda kepada rakyat Malaysia, terutama orang Johor yang bekerja di Singapura untuk kembali, meluangkan masa untuk mengundi. Apa nasihat anda?

Zahid: Kita telah mengumumkan cuti umum khas pada hari mengundi terpulang dan terserah kepada mereka untuk balik mengundi atau sebaliknya. Dan… pada hemat saya, pihak kerajaan tidak ada menolak ataupun menggalakan, itu kerana hak peribadi untuk mengundi, jadi terserah pada mereka. Tetapi jika majikan negara berkenaan tidak mengizinkan, maka saya fikir cara yang baik, yang paling baik, jangan balik mengundi la.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1298732Total visitors:
  • Skip to toolbar