Pas Ada Ramai Calon PM Tapi…

April 17, 2018 by Caspian

Category: politik

Pas ada ramai calon PM tapi...

C – Pas mendakwa parti itu mempunyai ramai pemimpin berkaliber yang boleh menjadi calon perdana menteri.

Pengarah Institut Strategi Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, bagaimanapun parti itu tidak perlu ‘kalut’ untuk menamakan siapakah calon tersebut.

Hal ini kerana katanya, Pas lebih mementingkan dasar pemerintahan berbanding siapa perdana menteri.

“Sesiapa saja boleh jadi pentadbir dan pemerintah.

Pas mempunyai begitu ramai calon perdana menteri kerana dalam Pas Pusat kita ada 12 pemegang PHD pelbagai bidang, ada arkitek, jurutera, peguam, ahli perniagaan dan sebagainya.

“Ini kompilasi kepimpinan Pas yang boleh dan layak jadi perdana menteri.

Tapi yang penting bagi kita dasar bernegara yang ditampilkan mesti Islam memerintah, bukan cerita siapa orangnya,” katanya dalam sesi Facebook Live Sinar Harian, semalam.

Khairuddin turut memberi perumpamaan menukar kerajaan ibarat menukar kereta api dan landasannya.

“Kalau kini Pakatan Harapan bercakap nak buang (Datuk Seri) Najib (Tun Razak), kita kata kita bukan hanya nak buang kepala kereta api.

Tapi kita nak buang kepala, ekor dan landasan kereta api sekali. “Kalau kepala ditukar, landasan menuju Johor Bahru juga maka destinasinya tetap sama. Maka Pas nyatakan dasar kena tukar,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1298730Total visitors:
  • Skip to toolbar