Pekeliling Paderi Tentang PRU14 Dikeluarkan Dari Laman Web

April 17, 2018 by Caspian

Category: politik

Satu pekeliling oleh Biskop Bernard Paul dari Keuskupan Melaka-Johor yang menggesa agar penganut Katolik keluar mengundi telah dipadamkan dari laman web pergerakan itu.

Paul dalam pekeliling itu menggambarkan pilihan raya umum ke-14 sebagai “gerakan kemerdekaan kedua” untuk membebaskan Malaysia daripada individu yang menindas, melemahkan semangat, yang berbohong dengan diri mereka, bahawa mereka ‘mendahulukan rakyat’.”

Paul juga antara lain mendakwa pada masa ini “Tidak ada kerajaan dan pemerintahan yang bersih; tidak ada pilihan raya bersih; tidak ada institusi, penguatkuasa undang-undang dan pemimpin bersih yang boleh dipercayai.”

“Terdapat suara kuat untuk perubahan demi kewibawaan dan mendapatkan semula maruah dan martabat kita yang hilang. Ini adalah rekod yang menakutkan.

“PRU14 adalah masa untuk bergerak ke arah Malaysia yang lebih baik dan masa depan yang lebih baik, untuk negara yang kita boleh bangga dan mati kerananya,” kata Paul.

Sehubungan itu, Paul menggesa penganut Katolik “menandakan X untuk perubahan dan Malaysia yang bersih”.

Keuskupan Melaka-Johor tidak dapat dihubungi oleh Malaysiakini.

Semalam, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa pekeliling itu bertujuan mengetepikan Islam dari Perlembagaan Persekutuan dan merendahkan institusi raja-raja Melayu.

Hadi juga mencabar pemimpin Kristian supaya mereka terjun ke medan politik bersama parti yang dipilih mereka.

“Kalau para ulama PAS yang berjubah dan berserban turun ke medan bertanding pilihan raya menjadi calon, maka saya juga mencabar supaya mereka itu terjun ke medan politik bersama parti yang dipilihnya tanpa mencabut jubah paderi yang dipakai itu,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1298732Total visitors:
  • Skip to toolbar